Thursday, September 9, 2010

Eid 1431H

Salam Aidilfitri.


Mohon ampun & maaf utk semua salah silap dn kekasarn brbhsa.


Semoga raya tahun ini lebih hangat daripada biasa. hee




Dan, semoga jumpa lagi dengan Ramadhan akan datang.
Insha-Allah.


Sunday, September 5, 2010

Maka nikmat Tuhan yang manakah lagi hendak kau dustakan?

Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawwarah



Masjidil Haram, Makkatul Mukarramah


Alhamdulillah. I was there. How do i feel? Beyond contented.

Semuanya dipermudahkan. Adelah sgt bersyukur. Terlalu banyak sebenarnya yang aku belajar dengan hanya 7 hari di Madinah dan Makkah. Terlalu banyak hinggakan pembelajaran melalui hidup selama 25 tahun pun takkan sama dengan apa yang aku dapat dengan 7 hari kt sana. Aku, seorang perempuan Islam. Aku mengucap kalimah "Lailahaillallah.Muhammadurrasulullah". Tapi, aku manusia lemah.Selalu lalai. Banyak membuat dosa. Walaupun mcmtu, ku masih diberi kesempatan oleh Tuhan untuk merasa dekat denganNya. Ye. Tuhan itu Allah. Allah itu Maha Mengetahui. Allah itu Maha Mendengar. Allah itu Maha Penyayang. Allah itu Maha Besar.


1. Aku mendapat tempat di saf paling depan dlm Raudhah (ruangan solat yang agak sempit yang terletak antara Makan Nabi Muhammad s.a.w dan mimbar masjid Nabawi).

Paling depan. sume orang berebut2. Ribuan. Or ratusan ribu jemaah. Masa nak sampai tgh jalan dari ruang solat utama nak ke Raudhah, air mata menitik tak berenti. Tak tau nape. Makin dekat, bau makin wangi. Lampu2 makin terang, dan bila sampai Raudhah, subhanallah. Sangat cantik. Dlm hati, Ya Allah, tolong bagi aku ruang utk solat di raudhah. Mula2, mama bagi space utk aku solat after mama dh sudah. dan aku solat. itu di saf ketiga. Then dh sudah, aku bgn. Nak keluar tak boleh. Serius sume org2 dari turki dn russia dn sudan dan sumer2 itu sgt besar dn aku mmg terpenyek. Dlm hati ckp, Ya Allah, kalau aku xboleh keluar, tolonglah bagi aku peluang solat lagi sekali. Dan aku terus ditolak2, sampaiiiiilah lastly, aku tertolak kt tgh2 kawasan Raudhah, di saf paling depan. Dan sgt ajaib, tempat itu kosong, dan di situ ada Pegawai Masjid (perempuan berpurdah dan berjubah hitam yang sangat cantik) yg jaga kawasan tu. And..she smiled to me. Aku terus solat. Dan Pegawai Masjid tu, dia jaga that space so dat org2 lain yang berebut nak solat kt saf depan, tak tolak aku. Aku menangis giler2 kt situ. Mcm... doa aku dimakbulkan time2 tu jugak.. Mcm..sgt dekat dgn Allah. Mcm.. Allah sedang mendengar (yes all the time) dan dia menjawab doa aku time tu jugak. Tidakkah Allah itu Maha Besar?



Doa aku dari sebelum sampai ke Masjid Nabawi, "Ya Allah, tolonglah beri aku ruang utk solat di Raudhah". And He answers me. Not only by giving me chance to perform solah, tapi aku dapat solat DUA kali, dan di saf paling DEPAN.


"Maka nikmat Tuhan yang manakah lagi hendak kau dustakan?".


* Ada 3 makam dlm Masjid Nabawi. Makam Rasulullah, Khalifah Abu Bakar dan Saidina Umar. Terletak di kawasan solat lelaki. Bagi perempuan, ada penghadang yang bahagikan ruang Raudhah lelaki dan perempuan. So kalau tak tgk betul2, perempuan mmg xkan nmpak Makam2 tuh. Arah solat mmg Kiblat. Bukan solat menghadap Makam.Bagi lelaki, Pegawai Masjid larang berdoa mengarah ke makam. Mungkin untuk mengelak unsur-unsur yang tak diingini.


Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Di antara rumah dan mimbarku adalah taman dari taman-taman syurga dan mimbarku di atas telagaku.”


Astaghfirullah. Aku benar2 insaf.


2. Solat di depan Multazam, di kawasan Hijir Ismail, di depan Makam Nabi Ibrahim a.s.

Makkah. Tempat suci bagi orang Islam. Kaabah. Kiblat yang menjadi arah seluruh MUslim solat. Bayangkan perasaan melihat dengan mata sendiri Kaabah yang selama ini menjadi kiblat umat manusia. Bayangkan menyentuh dengan jari sendiri Kaabah yang selama ini menjadi hanya disentuh di atas sejadah. Bayangkan perasaan mengelilingi 'objek' hitam yang selama ini hanya mampu ditonton dlm tv? Subhanallah. Ya. Aku melihat, menyentuh, mencium, dan mengelilingi Kaabah. Aku pohon pada Tuhan, jadikan aku hamba yang lebih baik di sisimu.


Pertama kali terpandang Kaabah, aku rasa insaf. Insaf sebab dengan semua dosa yang telah aku lakukan, Allah masih memberi aku peluang. Menjemput aku menjadi tetamu di rumahNya. Memberi aku nafas dan nyawa untuk merasa sendiri pengalaman ni. Ye. Pertama kali melihat Kaabah, mata berkaca-kaca. Sungguh. Aku terbayang semua dosa-dosa yang aku buat selama ni, terbayang betapa selama ni Tuhan sentiasa mendengar doa aku, terbayang selama ni aku sungguh lalai utk menjadi hamba yang tau bersyukur, terbayang betapa kerdil aku utk berbicara dengan Tuhan, di rumahNya. Aku sungguh2 insaf.

Hari pertama di MasjidilHaram, aku habiskan umrah. Kami (aku dan keluarga) habis dalam pukul 11.00 malam. Disebabkan pengalamna pertama kali buat umrah, mmg aku sgt berhati2. Takut, risau, was-was. Nasib baik aku n family mmg betul2 ikut di belakang (tawaf, saie dan tahallul) Ustaz yang bawak kami. Jadi kalau konpius, mmg aku tnya on the spot. Sungguh takut ibadah ini tak diterima. Huhu.

Time buat umrah yang ke.. 2 ke yang ke 3 ntah, aku pimpin Maklang (my aunt). Mmg agak lambat ckit, sbb maklang tak larat sgt nak jalan laju2. Lepas selesai tawaf (dlm pukul 11.30 pagi cmtu), aku ckp dlm hati, "Ya Allah, tolonglah bagi aku solat di Makan Ibrahim". Aku terus tarik tgn Maklang, jalan laju2 dan Alhamdulillah, ada tempat. Betul-betuuuuuulll belakang Makam Nabi Ibrahin. Betul2 dekat saf pertama lepas laluan orang tawaf. Alhamdulillah time tu tak ramai sgt org tgh tawaf, so aku boleh solat kt saf yang paling dekat dgn Makam Ibrahim.


The next day, aku buat umrah dgn acik. Kali nie, kami dua org nak try 1. Cium Hajarul Aswad 2. Usap kelambu Kaabah. 3. Solat di Hijir Ismail. Lepas selesai tawaf dlm pukul 3 petang, (sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat panas time tu dlm 40 C kot) kami solat sunat di depan Multazam. Then try pegi HajarulAswad. Ya Allah org sangatlah sesak. Aku takut kalau terbatal wudhuk sbb berhimpit2 dn tersentuh dgn bukan muhrim, alhamdulillah derang asingkan laluan lelaki dn laluan wanita. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii, stil tak boleh. Kitorang dh dekat, cuma setiap kali lagi 2step nak smpai depan Hajar Aswad, akan ada lelaki dari sblh kiri (perempuan dia bg laluan kt kanan) akan tolak. So automatik akan tertolak balik. Tapi masyaAllah, aku sempat tgk lubang yang ada batu hitam itu. Dan menangis. Since org sgt ramai time tuh, aku dh xnmpak acik. Then aku berundur. "Xpe, nnt lps saie try lagi". Bile keluar, aku cari acik. Lastly baru nmpak dia. Terus pi saie. Setel saie, aku ckp kt acik, jom try pi Hijir Ismail dgn Hajarul Aswad lagi. Kami pi. Aku berdoa sungguh2, "Ya Allah tolong bagi aku dn acik peluang solat di Hijir Ismail". Dan orang sangat2lah ramai time tuh. Sangat. Kami try lagi pi Hajar Aswad, lagi. Tak boleh. Lagi teruk dari tadi. Boleh terjatuh2 dan terpenyet2. So aku ajak acik pi solat kt Hijir Ismail. Alhamdulillah. Aku berjaya solat di kawasan Hijir Ismail, dan betul2 di bawah pancur emas. Kawasan tu sangat sempit. Cmpur2 lelaki perempuan. Lepas tu, kami keliling Kaabah, usap kelambu Kaabah, dan cium keain baldu hitam bersulam benang emas itu. Subhanallah... Sgt wangi. Masa lalu kt penjuru Hajarul Aswad, aku nmpak sorg makcik (maybe Russian) menangis2 bangun sbb terjatuh. Sekali lagi, Tuhan Maha Mengetahui. Mungkin kalau kami pi jugak dan paksa diri nak cium Hajar Aswad, kami boleh terjatuh dan terpijak. Dan terpenyet. Ye. Tuhan ada rancangannya. Kami naik ke ruang solat. Penuh syukur.


"Maka nikmat Tuhan yang manakah lagi hendak kau dustakan?".

3. Petunjuk tentang jodoh.


Aku percaya, Tuhan ada rencananya. Dan telah tertulis di Loh Mahfuz tentang ajal maut, jodoh dan rezeki. Aku dah buat istiqarah. Dan aku yakin. Cuma bila berada di tanah suci dan tanah haram, bila berada di rumahNya, aku terasa semakin dekat dengan Allah. Aku mahu berbicara dengannya sedekat mungkin. Memohon pertunjuk, meminta petanda. Mungkin aku rasa cukup bersedia bila my fiance loves me. But then, marriage is not only between me and him. Aku pohon petunjuk his family, love me too. (haha. ok jgn gelak. tapi mmg pun. aku takut mama dia xsuka aku. or adik dia. huhu) So masa sampai Jeddah Airport (before kami ke MAdinah) aku berdoa, "Ya Allah kalau betul mak dia suka aku, bagilah aku nampak mak dia kt cni". (fyi, my future MIL pon ziarah madinah sblm buat umrah, timing sama jer dgn kami, cuma drng pegi dgn travel ejen lain). Aku mintak doa mcm tu sebab aku rasa potensi jumpa sangat tipis dengan time tu cuti sekolah, dan orang yang pegi buat umrah dan ziarah madinah sangatlah ramai time tu sampai mama ckp ni dh mcm awal2 time haji ni. Jadi kalaulah aku ternampak, mungkin itu satu petunjuk yang Tuhan bagi utk aku. Hee. So..yeah.


Not only aku terNAMPAK, but terJUMPA dan his mom TEGUR. sekali di Masjid Nabawi. Abah dgn mama pon sembang sekali. hee. 2nd time di dalam Masjidil Haram. memang aku terNAMPAK dari jauh. nampak imah dan nawal jugak. (his sisters). Tapi aku xpi tegur sbb mcm jauh. dan well...saya kan pemalu. haha. 3rd time... masa aku tgh wat saie dgn mama..mama nampak dan tegur. Tapi kami pun mcm rushing. His mom pun. So xsempat ckp bnyk. Malam tuh.. masa mkn..ada org bagi kuih kt aku. Dia ckp, "Makcik Zaiton bagi."Heee. 4th time..lepas aku dgn acik solat zuhur. kami dah kuar nak balik botel. then teringat tertinggal sandal. patah balik.. masa jalan tempat saie, ada orang paggil, "Yani!". Pusing then...heee. My future MIL. =P Tgh minum air zam-zam. dgn imah dan nawal. His mom ckp, "nnt jom pi skali jumpa sedara dari Patani. Depa tinggal kt cni. Habaq kt mama". Aku mcm..jumpa sedara dari Patani? Jumpa sedara ok. fuh. 5th.. JUMPA, SEMBANG, MELAWAT, MINUM dan MAKAN sekali kt umah sedara drg kat Makkah. Mkn nasik arab. Nak balik, drg tapaukan nasik lagi. Siap bagi selendang lagi. Owh owh owh. Aku xtau nak cakap ape.. aku hanya mintak doa, kalau mak dia suka aku..., "bagila aku terNAMPAK mak dia kt cni". Tapi apa yang Tuhan bagi? More and more and more.
Aku sungguh2 rasa bertuah. Terima kasih Ya Allah. Aku benar-benar yakin.

"Maka nikmat Tuhan yang manakah lagi hendak kau dustakan?".

Subhanallah.

Sunday, July 4, 2010

Kerana dia manusia biasa

Forwarded email. Sederhana, jujur, realistik. ^_^
________________________

Assalamualaikum... Semoga bermanfaat. Baik untuk yang melamar ataupun yang dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga...

Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa...

Kerana Dia Manusia Biasa...

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama:

“Kenapa kamu memilih dia sebagai suami / isterimu?”

Jawapannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh hati saya. Hingga saat ini. Saya masih ingat setiap details percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.

Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.
Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan di kepala saya. Sebenarnya...

Saya ingin tahu, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu? Ada apakah gerangannya? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).
Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.

Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya.

Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual hanya berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya.

Beberapa kali mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur."

Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya... ya..."

Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami.

Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?"

Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih handphone di bawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas di dalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelope kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Envelope putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja.

“Apa ni?”

Saya melihatnya tanpa memahami. Eh, dia malah ketawa geli hati!

"Buka saja."

Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. He he he...

"Teruknya dia ni."

Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi muka saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat di atas, di barisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu:

Kepada yang terhormat,

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya. Assalamualaikum Wbt...

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama Aidil (bukan nama sebenar) menginginkan anda Nurina (bukan nama sebenar) untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa.

Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anak saya kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa.

Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati? Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah solat Istiqharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda solat Istiqharah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini.
Amin.

Wassalamualaikum Wbt.

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.

Saya menatap sahabat di samping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia...?"

"Kerana dia manusia biasa." Dia menjawab mantap.

"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami di kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. BetuI tak? Paling tidak... aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.

"Psstttt..." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalau ada yang tahu kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.

Sunyi. Suara cengkerik terdengar nyaring di luar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Sudah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi mama."

Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus di telinga saya.

"Nurlisa...?"

"Tidur! Dah malam."

Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya.

Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.
Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, takhta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.
Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.

Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap Hamba-NYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. Meminta-NYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah.

“Jadi, bagaimana dengan cinta?”

Ibu saya pernah berkata, cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.

Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci, cinta dua manusia biasa yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa.
Amin.
__________________________________________
"Kenapa saya memilih dia?"
"Kerana dia manusia biasa".
^_^

Friday, April 23, 2010

please

don't expect me to know everything
just because i'm a lawyer.
get it?
tq

Monday, April 19, 2010

Dulu lain sekarang lain.



Dulu lain skrg lain. Dulu bujang sekarang dh kawen.


haha. no lah. Sbnrnya kn, lately sy sudah perasan ada some part of me yg mmg dh lain. Err..people do changed, rite? At some particular point, so did i. Skrg ada beberapa benda in mind. hehe. so here we go.


Satu


Dulu bila dapat duit, wah bestnya!!! Mula buat list nk beli tu nk beli nie. Tidak ada perasaan brsalah bila every weekend mnjadi bestfren ATM kt zaaba tu. Worse, xsampai seminggu dh ambik duit lg. Pastu kalau jpa lmbt masuk duit, terus, abah. duit dh abisla..then esok abah dh bnk in. So bermula aktiviti spt biasa…Haha. Mmg teruk. Boros. Xreti berjimat. Sbnrnya xtau pon apa yg sy buat dgn duit2 itu, yg pasti bnyk utk makan dan makan dan magazine dan novel. Owh beli baju jugak. adeh.. Dan sekarang bila reti dpt duit sndiri, mmgla best, but more to thankful. As usual, akan start to think of buying as much as I could, tp tak tergamak nk berkwn rpt dgn atm lagi. even bila dh nk kuarkn duit, konon nk ambik 300, cut down smpai 150 jela. sbb time tu rasa mcm2.. rasa sayang, rasa membazir, rs xberbaloi..mcm2. ngee. Sbb bila rezeki itu dicari sndiri, every singe penny adelh sgt besar ertinya. Mulalah nk nangis bila ingt dulu tau mengabiskn duit parents jer. aduh..


Dua


Dulu nak isi minyak, isi jela kn. Haha. Tp skrg mula rasa betul jgn isi minyk siang2.. Bila benti keta tepi jalan, matikn enjin. Dulu bleh plak tido dalam keta kt rnr sampai sejam.. slumber. Skrg xbuat dah. Hehe. Dulu bila nk speed, speed jela. Eh yg ni xleh ubah. No wonder dh bejaya mengumpul koleksi saman sebanyak 7 sekarang. aiyoooooooooo. Haha


Tiga


Dulu tersangaaaatlah cepat “wow” dn kagum dgn org2 bnyk ilmu, org2 pndai, org2 cun yg mcm perfect jer life dia, dan org2 yg nmpak alim. Tp skrg, xdah. haha. Sy mula belajar utk jangan judge org tu kalau xkenal dia, maka sy hanya akan kagum dgn org2 yg sy tau ilmu dan amalannya sama bnyk. Dia pndai ckp, dan dia buat benda tu. Dia pandai dlm exam, dan dia pandai beramal. Bukan cakap jer bnyk, dlm exam jer pndai, tp hakikatnya…Ye sy jugak tahpape sbb I’m not a good person either. Tp mcm makin lama makin terbukak hati dn minda. huhu. Pernh trdgr dlm…apetah. Ustz tu ckp…kalau kita tau something tu haram, cthnya smbahyang tu wajib, tp kita ckp, xpela xslt skrg..nnt aku boleh taubat. Ataupun…Kita tau bila kita ckp something, benda tu mcm menunjukkn kita riak, dan kita sedar yg kita mcm riak, tp nak jugak cakap. Nak jugak bgtau orang. Mksudnya org2 mcm tu adalah org2 yg hatinya telah hitam. Tau salah tapi xpeduli jugak. Aduh…Xnaklah ada hati hitam kn. Pastu tau yg buat kening tu haram, tp stil ckp, ala ckit jer. Bukan buang semua. Huhu.


Empat


Dulu mcm pecaya once u found somebody yg baik hati, yang tau ilmu agama, sume akan setel. Yet, life isn’t that simple... Betul.Kalau xde bayangan ttg ms depan brsama, watape nk go on kan? Kalau word terima seadanya tu hanya kt mulut, sampai bile nk sabar bg benda tu akan jadi kn? kalau cakap jer love me as who i am tp bila begaduh msti bg contoh ex gilfren, apakah kan. Kalau wat ape pon kena compare dgn kapel lain buat, camana sy nk convincekn diri sndiri yg dia adelah bakal ketua keluarga sy kn? so ive made myself clear of that species.ngee.


Lima


Dulu macam rasa law adelh sumting yg nerd. haha. pakai pun black n white jer. tahpaper. xbleh bergaya lgsung. hidup yg tidak kalerful. haha. pastu kena dok study jer. kena hafal tu hafal nie. Tp skrg, bila dh nmpk sndiri the practical side, law isn’t that bad..Ngee. Best aper. haha. Best bila berada di court. Ngee. Best sbb it is a noble profession kalau u tak menyimpang. Best bila judge tnya dan u boleh explain. Best jumpa ramai orang dan best boleh tau macam2. Bila ada kes psl pusaka, kena study psl hartanah. Bila ada kes psl dadah, kena tau sume psl dadah. Bila ada kes rumah retak, bangunan xsiap, kena tau segala psl2 ilmu arkitek dan kejuruteraan. Bila ada kes plane crash ker ape..kena tau take off to mende..minyak jenis ape guna..tekann cmana yg kena ada..Bila ada kes psl accident, food poisoning, kena study n buat research psl medical, pasal badan manusia, psl system segala. Bila ada kes psl tanah bendang, kena tau cmana proses org tanam padi, relung convert to ekar.. Memang tidak dpt dinafikn, banyak benda bleh blajar dan bnyk bnda kita akan tau di sebalik masalah orang. Heee. Jadi tidaklah mnjadi katak di bwh tempurung. Yet, it can be sooo exhausting. Haha. Cuma yg pasti, ia bukanlah sstu yg membosankan. Yg bosan maybe ur environment. hehe


Enam


Dulu bila shoping, criteria utama membeli adelah cantik dan affordable. Hehe. So kalau nmpak jer apa2..” Cantiknya!! Comelnya!!” maka potensi membeli adelah 80%. Kasut kalau kaler brown, pastu cantik, ada saiz, pastu harga xlebih 100, maka peratusnya 99% akn dibeli. Haha. Tp sekarang, criteria utama adalah beli kasut yg akan menmbahkan my confidence. Hehe. Yg buat sy rasa yakin, bersemangat dn berkarisma. hahaha. betull…mmg akan try dn jalan2 ckit. Kalau rs cntik je, tp biasa, maka xbeli. hehe. Rasa confident tu akan dtg sndiri bila I’ve found the right shoes. Dn ive found two pairs yg best giler...mahal ckit xper, asal selesa, thn lama, dan…jalan kt court rs confident giler. Mcm sume kes bleh menang.hahaha. ok kepoyoan di situ yer.

Aaaaa... cukupla. Enam pun mcm dah banyak aper..=P

Thursday, April 15, 2010

The Court and i.


Case Number One

So i've settled everything at magistrates' court until i feel uncomfortable and weird with my trouser suit. i felt something inside there. i went to ladies. as soon as i opened the door and was heading to mju, someone smiled to me. a familliar face. It was him.

Case Number Two

So i was checking my cases at sessions court with this particular interpreter A and was waiting for my cases to be called until i heard some familliar noises at my back.

Interpreter B to him : "Aku suka la zaryani ni."


Him to interpreter B : "Weh. pijak kaki satgi!"

comel. haha. i likeeee. (ok2. saya adelah mencuri dengar perbualan mereka. =D)

Case Number Three

So everything was settled. Hearing, Mentioning, File Searching, Chitchatting(or gossiping?) and everything. (Sekarang masa balik mengadap fail2 bertimbun bagaikan KLCC dalam bilik. Off to ofice (sigh). )

I was on my way to car park until i bumped into him at my lastttt staircase of the court's building. He was heading to car park too! From another direction. Hee.

-----------------------------------------

So what is the best thing about me and court?

For ive found the reasons to smile; the moment i bumped into him.

That is the number one reason why i love attending court sooo much. Haha.

Eh. nope. That was number two.

The best thing in court is when you won the judge's heart. haha :D

Thursday, February 18, 2010

beli ke tak

nak beli ke tak nak
beli
no
beli
beli
beli
nooooooooooooo
aduh
beli.abes duit
tak beli. tak abes duit
tp abes jugak beli benda lain
uhuk
bencila
so irresistableeeeeee.