Thursday, September 9, 2010

Eid 1431H

Salam Aidilfitri.


Mohon ampun & maaf utk semua salah silap dn kekasarn brbhsa.


Semoga raya tahun ini lebih hangat daripada biasa. hee




Dan, semoga jumpa lagi dengan Ramadhan akan datang.
Insha-Allah.


Sunday, September 5, 2010

Maka nikmat Tuhan yang manakah lagi hendak kau dustakan?

Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawwarah



Masjidil Haram, Makkatul Mukarramah


Alhamdulillah. I was there. How do i feel? Beyond contented.

Semuanya dipermudahkan. Adelah sgt bersyukur. Terlalu banyak sebenarnya yang aku belajar dengan hanya 7 hari di Madinah dan Makkah. Terlalu banyak hinggakan pembelajaran melalui hidup selama 25 tahun pun takkan sama dengan apa yang aku dapat dengan 7 hari kt sana. Aku, seorang perempuan Islam. Aku mengucap kalimah "Lailahaillallah.Muhammadurrasulullah". Tapi, aku manusia lemah.Selalu lalai. Banyak membuat dosa. Walaupun mcmtu, ku masih diberi kesempatan oleh Tuhan untuk merasa dekat denganNya. Ye. Tuhan itu Allah. Allah itu Maha Mengetahui. Allah itu Maha Mendengar. Allah itu Maha Penyayang. Allah itu Maha Besar.


1. Aku mendapat tempat di saf paling depan dlm Raudhah (ruangan solat yang agak sempit yang terletak antara Makan Nabi Muhammad s.a.w dan mimbar masjid Nabawi).

Paling depan. sume orang berebut2. Ribuan. Or ratusan ribu jemaah. Masa nak sampai tgh jalan dari ruang solat utama nak ke Raudhah, air mata menitik tak berenti. Tak tau nape. Makin dekat, bau makin wangi. Lampu2 makin terang, dan bila sampai Raudhah, subhanallah. Sangat cantik. Dlm hati, Ya Allah, tolong bagi aku ruang utk solat di raudhah. Mula2, mama bagi space utk aku solat after mama dh sudah. dan aku solat. itu di saf ketiga. Then dh sudah, aku bgn. Nak keluar tak boleh. Serius sume org2 dari turki dn russia dn sudan dan sumer2 itu sgt besar dn aku mmg terpenyek. Dlm hati ckp, Ya Allah, kalau aku xboleh keluar, tolonglah bagi aku peluang solat lagi sekali. Dan aku terus ditolak2, sampaiiiiilah lastly, aku tertolak kt tgh2 kawasan Raudhah, di saf paling depan. Dan sgt ajaib, tempat itu kosong, dan di situ ada Pegawai Masjid (perempuan berpurdah dan berjubah hitam yang sangat cantik) yg jaga kawasan tu. And..she smiled to me. Aku terus solat. Dan Pegawai Masjid tu, dia jaga that space so dat org2 lain yang berebut nak solat kt saf depan, tak tolak aku. Aku menangis giler2 kt situ. Mcm... doa aku dimakbulkan time2 tu jugak.. Mcm..sgt dekat dgn Allah. Mcm.. Allah sedang mendengar (yes all the time) dan dia menjawab doa aku time tu jugak. Tidakkah Allah itu Maha Besar?



Doa aku dari sebelum sampai ke Masjid Nabawi, "Ya Allah, tolonglah beri aku ruang utk solat di Raudhah". And He answers me. Not only by giving me chance to perform solah, tapi aku dapat solat DUA kali, dan di saf paling DEPAN.


"Maka nikmat Tuhan yang manakah lagi hendak kau dustakan?".


* Ada 3 makam dlm Masjid Nabawi. Makam Rasulullah, Khalifah Abu Bakar dan Saidina Umar. Terletak di kawasan solat lelaki. Bagi perempuan, ada penghadang yang bahagikan ruang Raudhah lelaki dan perempuan. So kalau tak tgk betul2, perempuan mmg xkan nmpak Makam2 tuh. Arah solat mmg Kiblat. Bukan solat menghadap Makam.Bagi lelaki, Pegawai Masjid larang berdoa mengarah ke makam. Mungkin untuk mengelak unsur-unsur yang tak diingini.


Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Di antara rumah dan mimbarku adalah taman dari taman-taman syurga dan mimbarku di atas telagaku.”


Astaghfirullah. Aku benar2 insaf.


2. Solat di depan Multazam, di kawasan Hijir Ismail, di depan Makam Nabi Ibrahim a.s.

Makkah. Tempat suci bagi orang Islam. Kaabah. Kiblat yang menjadi arah seluruh MUslim solat. Bayangkan perasaan melihat dengan mata sendiri Kaabah yang selama ini menjadi kiblat umat manusia. Bayangkan menyentuh dengan jari sendiri Kaabah yang selama ini menjadi hanya disentuh di atas sejadah. Bayangkan perasaan mengelilingi 'objek' hitam yang selama ini hanya mampu ditonton dlm tv? Subhanallah. Ya. Aku melihat, menyentuh, mencium, dan mengelilingi Kaabah. Aku pohon pada Tuhan, jadikan aku hamba yang lebih baik di sisimu.


Pertama kali terpandang Kaabah, aku rasa insaf. Insaf sebab dengan semua dosa yang telah aku lakukan, Allah masih memberi aku peluang. Menjemput aku menjadi tetamu di rumahNya. Memberi aku nafas dan nyawa untuk merasa sendiri pengalaman ni. Ye. Pertama kali melihat Kaabah, mata berkaca-kaca. Sungguh. Aku terbayang semua dosa-dosa yang aku buat selama ni, terbayang betapa selama ni Tuhan sentiasa mendengar doa aku, terbayang selama ni aku sungguh lalai utk menjadi hamba yang tau bersyukur, terbayang betapa kerdil aku utk berbicara dengan Tuhan, di rumahNya. Aku sungguh2 insaf.

Hari pertama di MasjidilHaram, aku habiskan umrah. Kami (aku dan keluarga) habis dalam pukul 11.00 malam. Disebabkan pengalamna pertama kali buat umrah, mmg aku sgt berhati2. Takut, risau, was-was. Nasib baik aku n family mmg betul2 ikut di belakang (tawaf, saie dan tahallul) Ustaz yang bawak kami. Jadi kalau konpius, mmg aku tnya on the spot. Sungguh takut ibadah ini tak diterima. Huhu.

Time buat umrah yang ke.. 2 ke yang ke 3 ntah, aku pimpin Maklang (my aunt). Mmg agak lambat ckit, sbb maklang tak larat sgt nak jalan laju2. Lepas selesai tawaf (dlm pukul 11.30 pagi cmtu), aku ckp dlm hati, "Ya Allah, tolonglah bagi aku solat di Makan Ibrahim". Aku terus tarik tgn Maklang, jalan laju2 dan Alhamdulillah, ada tempat. Betul-betuuuuuulll belakang Makam Nabi Ibrahin. Betul2 dekat saf pertama lepas laluan orang tawaf. Alhamdulillah time tu tak ramai sgt org tgh tawaf, so aku boleh solat kt saf yang paling dekat dgn Makam Ibrahim.


The next day, aku buat umrah dgn acik. Kali nie, kami dua org nak try 1. Cium Hajarul Aswad 2. Usap kelambu Kaabah. 3. Solat di Hijir Ismail. Lepas selesai tawaf dlm pukul 3 petang, (sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat panas time tu dlm 40 C kot) kami solat sunat di depan Multazam. Then try pegi HajarulAswad. Ya Allah org sangatlah sesak. Aku takut kalau terbatal wudhuk sbb berhimpit2 dn tersentuh dgn bukan muhrim, alhamdulillah derang asingkan laluan lelaki dn laluan wanita. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii, stil tak boleh. Kitorang dh dekat, cuma setiap kali lagi 2step nak smpai depan Hajar Aswad, akan ada lelaki dari sblh kiri (perempuan dia bg laluan kt kanan) akan tolak. So automatik akan tertolak balik. Tapi masyaAllah, aku sempat tgk lubang yang ada batu hitam itu. Dan menangis. Since org sgt ramai time tuh, aku dh xnmpak acik. Then aku berundur. "Xpe, nnt lps saie try lagi". Bile keluar, aku cari acik. Lastly baru nmpak dia. Terus pi saie. Setel saie, aku ckp kt acik, jom try pi Hijir Ismail dgn Hajarul Aswad lagi. Kami pi. Aku berdoa sungguh2, "Ya Allah tolong bagi aku dn acik peluang solat di Hijir Ismail". Dan orang sangat2lah ramai time tuh. Sangat. Kami try lagi pi Hajar Aswad, lagi. Tak boleh. Lagi teruk dari tadi. Boleh terjatuh2 dan terpenyet2. So aku ajak acik pi solat kt Hijir Ismail. Alhamdulillah. Aku berjaya solat di kawasan Hijir Ismail, dan betul2 di bawah pancur emas. Kawasan tu sangat sempit. Cmpur2 lelaki perempuan. Lepas tu, kami keliling Kaabah, usap kelambu Kaabah, dan cium keain baldu hitam bersulam benang emas itu. Subhanallah... Sgt wangi. Masa lalu kt penjuru Hajarul Aswad, aku nmpak sorg makcik (maybe Russian) menangis2 bangun sbb terjatuh. Sekali lagi, Tuhan Maha Mengetahui. Mungkin kalau kami pi jugak dan paksa diri nak cium Hajar Aswad, kami boleh terjatuh dan terpijak. Dan terpenyet. Ye. Tuhan ada rancangannya. Kami naik ke ruang solat. Penuh syukur.


"Maka nikmat Tuhan yang manakah lagi hendak kau dustakan?".

3. Petunjuk tentang jodoh.


Aku percaya, Tuhan ada rencananya. Dan telah tertulis di Loh Mahfuz tentang ajal maut, jodoh dan rezeki. Aku dah buat istiqarah. Dan aku yakin. Cuma bila berada di tanah suci dan tanah haram, bila berada di rumahNya, aku terasa semakin dekat dengan Allah. Aku mahu berbicara dengannya sedekat mungkin. Memohon pertunjuk, meminta petanda. Mungkin aku rasa cukup bersedia bila my fiance loves me. But then, marriage is not only between me and him. Aku pohon petunjuk his family, love me too. (haha. ok jgn gelak. tapi mmg pun. aku takut mama dia xsuka aku. or adik dia. huhu) So masa sampai Jeddah Airport (before kami ke MAdinah) aku berdoa, "Ya Allah kalau betul mak dia suka aku, bagilah aku nampak mak dia kt cni". (fyi, my future MIL pon ziarah madinah sblm buat umrah, timing sama jer dgn kami, cuma drng pegi dgn travel ejen lain). Aku mintak doa mcm tu sebab aku rasa potensi jumpa sangat tipis dengan time tu cuti sekolah, dan orang yang pegi buat umrah dan ziarah madinah sangatlah ramai time tu sampai mama ckp ni dh mcm awal2 time haji ni. Jadi kalaulah aku ternampak, mungkin itu satu petunjuk yang Tuhan bagi utk aku. Hee. So..yeah.


Not only aku terNAMPAK, but terJUMPA dan his mom TEGUR. sekali di Masjid Nabawi. Abah dgn mama pon sembang sekali. hee. 2nd time di dalam Masjidil Haram. memang aku terNAMPAK dari jauh. nampak imah dan nawal jugak. (his sisters). Tapi aku xpi tegur sbb mcm jauh. dan well...saya kan pemalu. haha. 3rd time... masa aku tgh wat saie dgn mama..mama nampak dan tegur. Tapi kami pun mcm rushing. His mom pun. So xsempat ckp bnyk. Malam tuh.. masa mkn..ada org bagi kuih kt aku. Dia ckp, "Makcik Zaiton bagi."Heee. 4th time..lepas aku dgn acik solat zuhur. kami dah kuar nak balik botel. then teringat tertinggal sandal. patah balik.. masa jalan tempat saie, ada orang paggil, "Yani!". Pusing then...heee. My future MIL. =P Tgh minum air zam-zam. dgn imah dan nawal. His mom ckp, "nnt jom pi skali jumpa sedara dari Patani. Depa tinggal kt cni. Habaq kt mama". Aku mcm..jumpa sedara dari Patani? Jumpa sedara ok. fuh. 5th.. JUMPA, SEMBANG, MELAWAT, MINUM dan MAKAN sekali kt umah sedara drg kat Makkah. Mkn nasik arab. Nak balik, drg tapaukan nasik lagi. Siap bagi selendang lagi. Owh owh owh. Aku xtau nak cakap ape.. aku hanya mintak doa, kalau mak dia suka aku..., "bagila aku terNAMPAK mak dia kt cni". Tapi apa yang Tuhan bagi? More and more and more.
Aku sungguh2 rasa bertuah. Terima kasih Ya Allah. Aku benar-benar yakin.

"Maka nikmat Tuhan yang manakah lagi hendak kau dustakan?".

Subhanallah.