Tuesday, December 30, 2008

Kak Cik

Kak Cik adalah cousin saya. Walaupun cousin tiri, tp sy agak rapat dgn dia. Kak Cik adalah berumur 37 tahun. Kak Cik sgt bnyk bekorban utk kakak2 dan adik2 dia. Biar adik2 dia further study walaupun dia kena keja, biar kakak dia kawen dgn cinta pertama dia, jaga anak2 adik dia yg ke-3 masa husband adiknya itu koma 6 bulan kt Johor, jaga tok sblh ayah dia masa sumer org lain sibuk dgn rumahtangga msg2, ditinggalkn oleh tunang masa lg seminggu dh nak kawen, dan tinggalkan kisah cinta dia kt Kedah utk ikut adik ke-4 yg dh kawin ke Selangor utk jaga anak2 dia, mengasuh anak2 itu sampai sekarang yg sulung dh 8 thn.
Dia? Dia hanya seorang Kak Cik. Yg sgt berbakat menjahit. Yg sgt penyayang. Yg sgt lemah lembut. Dia menjadi seorang ”mama” kepada semua anak saudara yg dia jaga. Spnjg duduk dgn family adik dia yg ke-4, Kak Cik ambik upah jahit baju dan langsir. Dgn duit simpanan lepas 6 thn itu, hujung 2007 Kak Cik brjaya beli mesin jht canggih yg boleh sulam2, boleh design2 secara automatik dgn hrga rm6000++. Lps dh beli mesin itu, Kak Cik kembangkn lg bakat yg dia ada dgn ambik upah jahit telekung, tudung, jubah, cadar, alas meja, etc.
Hinggalah suatu waktu, ada seorg lelaki dr 1 company yg dgr pasal bakat Kak Cik dr org2 di kwsn itu, dan lelaki itu buat temphn langsir kt Kak Cik utk company dia. Dr situ, derang kenal, rapat, dan pada 28-12-08, Tuhan dah tetapkan yg Kak Cik, selepas 37 thn menjadi seorang kakak, adik, anak dan cucu, akhirnya, menjadi seorang isteri. Isteri kepada seorang lelaki yg menerima dia seadanya. Saya ada dgn Kak Cik masa lelaki itu melalui detik lafaz ijab dan kabul. Ye. Kak Cik menitiskn air mata. Saya jugak akan menangis kalau di tempat Kak Cik. Dgn semua kata2 fitnah org, dgn semua pandangan negatif org, dengan semua pengorbanan membahagiakan orang lain, Kak Cik akhirnya berpeluang mencipta bahagia dgn keluarga sendiri.

Kak Cik, angah dh tgk sendiri kdg2 apa yg ditulis dlm novel mmg cermin kpd kisah segelintir makhluk Tuhan. Kisah Kak Cik angah dah pernah baca. Dan kesudahnnya adalah happy ending. Angah jugak percaya bahagia itu akhirnya akan jd milik Kak Cik. Berhentilah menangis. Ini adalah hari Kak Cik. Kak Cik layak menikmati keindahan hari ini. Tuhan itu Maha Adil dan Penyayang. Semoga xde lg air mata dlm hidup Kak Cik.
Senyumlah.


:: i'm happy for you ::


:: aima. me. along. Kak Cik ::

Semoga bahagia sampai bila-bila. =)

4 comments:

Witty Angel said...

xnampak mcam 30+ pon..hehehe
muda lagi..semoga die berbhagia sampai bile2..

y.a.r.n.i.e.i.r.i.s said...

aah dia mcm umo 29 kn? haha.

Anonymous said...

Her husband dr tepi i nmpk mcm cikgu sejarah i dulu. md noor nama dia.hehe

y.a.r.n.i.e.i.r.i.s said...

ahhahaha.=P